Thursday, August 19, 2010


PKG Rawang mengucapkan Selamat menyambut Bulan merdeka kepada semua...

Malam Merdeka

Pengisytiharan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman
Sebelum pemasyhuran kemerdekaan Tanah Melayu dibuat, pada 30 Ogos 1957 pukul 12.00 tengah malam di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur, telah diadakan upacara menurunkan bendera Union Jack bagi menandakan berakhirnya penjajahan British di Tanah Melayu dan lahirnya sebuah negara baru yang berdaulat, setaraf dan setimpal dengan semua negara-negara yang berdaulat di dunia. Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan oleh anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sambil disaksikan sendiri oleh Tunku Abdul Rahman.
Upacara Pengisytiharan
Pada 31 Ogos 1957 bertempat di stadium yang baru dirasmikan iaitu Stadium Merdeka, Kuala Lumpur telah menyaksikan peristiwa bersejarah bagi Tanah Melayu iaitu secara rasminya penyerahan pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu daripada pemerintahan British kepada warganegara Tanah Melayu.
Hujan lebat yang turun sejak 3 pagi menyukarkan pergerakan dan sehingga 6.30 pagi, stadium masih belum dipenuhi oleh pengunjung. Ini menyebabkan upacara telah ditangguhkan selama sejam dan pengumuman majlis bermula kedengaran bukan pada pukul tujuh seperti yang dijangka tetapi pada pukul lapan. 2,000 orang tentera Persekutuan menumpang di sekolah-sekolah berhampiran stadium sebelum itu berarak dalam hujan dan tujuh batalion yang membuat perarakan ketika itu iaitu Rejimen Persekutuan, Skuadron Isyarat, Skuadron Jurutera, Tentera Laut Diraja Tanah Melayu, Tentera Laut Simpanan Diraja Tanah Melayu dan Askar Sivil Persekutuan.
Pada pukul 8, para media telah diberi pengumuman untuk bersedia dan semua peralatan kamera dan media ketika itu dipasang dengan perlindungan plastik atau pelapik kalis air lain di sekitar padang yang lembap. Kebetulan, hujan reda yang memungkin segala persiapan sebelum upacara bermula dapat dijalankan dengan mudah. Pengunjung bertambah ramai untuk menyaksikan upacara bersejarah ini.

Wednesday, July 28, 2010

SSQS Siri 1 2010


Untuk makluman semua guru dan kakitangan sekolah ahli PKG Rawang, pengisian data responden SSQS telah bermula pada 19/7/2010 sehingga 30/8/2010.

Diminta kerjasama baik semua agar pengisian seramai 62 responden untuk setiap sekolah ahli dapat diisi dengan jayanya. Bagi kemudahan semua, sila muat turun manual SSQS pada kotak muatturun di sebelah kiri blog ini dalam fail borang.

Sekian, terima kasih

Wednesday, July 14, 2010

Pemantauan BTPN Selangor Ke PKG Rawang


Ucapan ribuan terima kasih kepada En. Halim, En Rahman dan En. Nasir dalam memberi sokongan dan tunjuk ajar kepada kami ahli PKG Rawang dalam meningkatkan taraf kecemerlangan PKG Rawang.

MAJLIS HARI GURU DAERAH GOMBAK 2010


MAJLIS HARI GURU DAERAH GOMBAK 2010

Tarikh : 01 Julai 2010
Masa : 2.00 p.m - 5.30 p.m
Bertempat : SBPI Gombak
Di hadiri:
Tuan Sulaiman B. Wak
Puan Dayang Bt. Abang Narudin
Pengetua Dan Guru Besar Sekolah-Sekolah Daerah Gombak

Tuesday, July 13, 2010

SPPICTS


Ucapan Terima kasih dan tahniah kepada guru - guru sekolah ahli PKG Rawang yang telah bekerjasama dengan jayanya dalam menyelesaikan SPPICTS peringkat ke-2 dalam tempoh yang di tetapkan.

Semoga usaha semua pihak yang terlibat dapat diteruskan di masa akan datang



Sunday, May 23, 2010

Kampus Astro PKG Rawang 2010



Terima kasih kepada semua Guru Perpustakaan dan Media yang telah hadir pada Bengkel Kampus Astro. Kami dari Pusat Kegiatan Guru Rawang berharap agar semua informasi yg telah di berikan dalam bengkel tersebut dapat diadaptasikan di sekolah - sekolah. Manual penggunaan boleh di muat turun di kotak muat turun blog ini.

KAMPUS ASTRO PUSAT KEGIATAN GURU RAWANG

Tarikh : 20 May 2010
Tempat : Pusat Kegitan Guru Rawang
d/a SMK Rawang Batu 16
Masa : 8.00 a.m - 5.00 p.m

Thursday, May 6, 2010

Bengkel IQ-PSS dan I-NILAM 2010



Terima Kasih kepada Guru Perpustakaan Media sekolah-sekolah ahli daerah Rawang yang hadir pada bengkel IQPSS.

Disini PKG sediakan borang untuk IQ-PSS dan I-NILAM. Sila download borang borang tersebut di kotak muat turun di sebelah kiri blog ini.
Diharap para guru dapat menggunakannya untuk kebaikkan bersama khas kepada guru yang ingin mengisi secara offline terlebih dahulu.

Untuk mengisi secara onnline sila layari website http://btp.tarantula.my/

Sekian

Kursus 35 Jam Pusat Kegiatan Guru Daerah Gombak

Salam Sejahtera,

Terima kasih dan tahniah kepada Guru Perpustakaan dan Media daerah gombak yang telah terlibat dengan Kursus 35 Jam. Kami dari Pusat Kegiatan Guru Rawang berharap Tuan Puan yang hadir dapat mengaplikasikan ilmu yang telah diperolehi dari kursus tersebut di sekolah tuan puan.

Kursus 35 Jam
Tarikh : 26 - 30 April 2010
Masa : 8.00 a.m - 5.00 p.m
Tempat : Pusat Kegiatan Guru Hulu Klang
d/a SK Klang gate

Tuesday, May 4, 2010

SPPICTS 2010


Sistem Pemantauan Penggunaan ICT di Sekolah (SPPICTS) telah ditambah baik menjadikan pemantauan semakin menyeluruh. Beberapa dimensi baru telah dimasukkan ke dalam sistem pemantauan ini. Dimensi pemantauan kini meliputi:

1. Pusat Akses Sekolah

2. Makmal Komputer

3. Capaian Internet

4. Perisian Kursus Pendidikan

5. Peralatan PPSMI

6. Perkongsian Pintar

7. EduWebTV

8. ICT dalam Pengurusan dan Pentadbiran

Kutipan data penggunaan inisiatif ICT di sekolah akan dilaksanakan secara online sebanyak tiga (3) kali iaitu:

a. 21 Mac hingga 9 April 2010

b. 20 Jun hingga 9 Julai 2010

c. 19 September 8 Oktober 2010

Majlis Anugerah Kecemerlangan SBPI Rawang



MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SBPI RAWANG
Tarikh : 30 April
Masa : 8.30 a.m - 12.30 p.m
Bertempat : SBPI Rawang
Di hadiri:
Tuan Sulaiman B. Wak
Puan Dayang Bt. Abang Narudin
Warga Guru Dan Staff SBPI Rawang
Warga PIBG SBPI Rawang