Thursday, May 26, 2011

MESYUARAT GPM PKG RAWANG 2011


MESYUARAT GPM PKG RAWANG 2011

Tarikh : 26hb May 2011
Tempat : Pusat Kegiatan Guru Rawang
En. Azmi Sham (PKG Rawang)
serta guru-guru sekolah ahli PKG Rawang

BENGKEL EDUWEBTV PKG RAWANG 2011


BENGKEL EDUWEBTV PKG RAWANG 2011

Tarikh : 26hb May 2011
Tempat : Pusat Kegiatan Guru Rawang
En. Azmi Sham (PKG Rawang)
En. Sakri (PKG Gombak)
En. Kamal (PKG Kuang)
serta guru-guru sekolah ahli PKG Rawang

Sunday, May 15, 2011

GROUP EMAIL PKG-RAWANG

Salam 1 Malaysia kepada semua ahli sekolah setempat PKG Rawang.

Sukacita dimaklumkan bahawa group email pkg rawang telah dilaksanakan. Ini adalah bertujuan untuk menyeragamkan penghantaran dan penerimaan E-mail serta memudahkan penyampaian info terkini. Diminta kepada semua agar 'klik' pada url dibawah dan tkan butang 'accept' bagi setuju menyertai group ini.

https://groups.google.com/a/btpnsel.edu.my/group/pkg-rawang/topics?hl=en

dan tekan pada link 'sign in and accept membership' bagi setuju menyertai group ini.

Untuk pertanyaan lanjut atau sila hubungi PKG Rawang

SELAMAT HARI GURU 2011




GURU OH GURU

by: Usman Awang

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.