Sunday, May 23, 2010

Kampus Astro PKG Rawang 2010



Terima kasih kepada semua Guru Perpustakaan dan Media yang telah hadir pada Bengkel Kampus Astro. Kami dari Pusat Kegiatan Guru Rawang berharap agar semua informasi yg telah di berikan dalam bengkel tersebut dapat diadaptasikan di sekolah - sekolah. Manual penggunaan boleh di muat turun di kotak muat turun blog ini.

KAMPUS ASTRO PUSAT KEGIATAN GURU RAWANG

Tarikh : 20 May 2010
Tempat : Pusat Kegitan Guru Rawang
d/a SMK Rawang Batu 16
Masa : 8.00 a.m - 5.00 p.m

Thursday, May 6, 2010

Bengkel IQ-PSS dan I-NILAM 2010



Terima Kasih kepada Guru Perpustakaan Media sekolah-sekolah ahli daerah Rawang yang hadir pada bengkel IQPSS.

Disini PKG sediakan borang untuk IQ-PSS dan I-NILAM. Sila download borang borang tersebut di kotak muat turun di sebelah kiri blog ini.
Diharap para guru dapat menggunakannya untuk kebaikkan bersama khas kepada guru yang ingin mengisi secara offline terlebih dahulu.

Untuk mengisi secara onnline sila layari website http://btp.tarantula.my/

Sekian

Kursus 35 Jam Pusat Kegiatan Guru Daerah Gombak

Salam Sejahtera,

Terima kasih dan tahniah kepada Guru Perpustakaan dan Media daerah gombak yang telah terlibat dengan Kursus 35 Jam. Kami dari Pusat Kegiatan Guru Rawang berharap Tuan Puan yang hadir dapat mengaplikasikan ilmu yang telah diperolehi dari kursus tersebut di sekolah tuan puan.

Kursus 35 Jam
Tarikh : 26 - 30 April 2010
Masa : 8.00 a.m - 5.00 p.m
Tempat : Pusat Kegiatan Guru Hulu Klang
d/a SK Klang gate

Tuesday, May 4, 2010

SPPICTS 2010


Sistem Pemantauan Penggunaan ICT di Sekolah (SPPICTS) telah ditambah baik menjadikan pemantauan semakin menyeluruh. Beberapa dimensi baru telah dimasukkan ke dalam sistem pemantauan ini. Dimensi pemantauan kini meliputi:

1. Pusat Akses Sekolah

2. Makmal Komputer

3. Capaian Internet

4. Perisian Kursus Pendidikan

5. Peralatan PPSMI

6. Perkongsian Pintar

7. EduWebTV

8. ICT dalam Pengurusan dan Pentadbiran

Kutipan data penggunaan inisiatif ICT di sekolah akan dilaksanakan secara online sebanyak tiga (3) kali iaitu:

a. 21 Mac hingga 9 April 2010

b. 20 Jun hingga 9 Julai 2010

c. 19 September 8 Oktober 2010

Majlis Anugerah Kecemerlangan SBPI Rawang



MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SBPI RAWANG
Tarikh : 30 April
Masa : 8.30 a.m - 12.30 p.m
Bertempat : SBPI Rawang
Di hadiri:
Tuan Sulaiman B. Wak
Puan Dayang Bt. Abang Narudin
Warga Guru Dan Staff SBPI Rawang
Warga PIBG SBPI Rawang