Monday, January 17, 2011

APLIKASI E-MAIL

Untuk pengetahuan semua, pihak Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor telah melancarkan satu aplikasi email yang boleh digunakan di setiap sekolah ahli di negeri Selangor.

Tujuannya, bagi menyatukan dan menyeragamkan semua email yang digunakan di sekolah ke dalam satu email sahaja.

Kepada sekolah - sekolah ahli PKG Rawang, kami telah menyediakan manual cara penggunaan atau 'setting' email. Tuan - tuan dan puan - puan boleh memuat turun manual tersebut di kotak muat turun.

Sekian terima kasih

SELAMAT TAHUN BARU 2011


Kami dari Pusat Kegiatan Guru Rawang ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 kepada semua staf sekolah ahli Pusat Kegiatan Guru Rawang.